Sunday, October 21, 2012

Pursuit of Happiness


Assalamualaikum.


Pursuit of happiness. The word happy is a big word. It describes the best feeling. Everyone wants to be happy no matter what. But, this one big word we need to pursuit. We need to find it and keep it. It is not an easy thing to do. So, what should we do to bring happiness into our life?

1. By knowing what the best for you.
We know our self better than anyone else. So why should we listen to someone who barely know you. Don't let anyone tells you, you cannot do it. Not even your family. You have your own rights to manage yourself.

2. Don't give up.
When we failed, it's okay to be sad. It is normal. But please don't give up. When you giving up on something, that shows how weak you are. We need to be eager. We need to stand and fight back. Fight till the end.

3. Smile.
When it comes to attitude, ladies and gentlemen, please keep up your good attitude. The society understands  if you are having a bad day. But, would it be nice to at least smile to anyone who meets you. Your smile can bring cheerful to others.

4. Keep calm
Keep calm and relax. Don't rush. You know your ability. Try to use that ability as your strength. You need to  remember, life is not a race. Life is a journey. A journey to be want we gonna be. A journey to have what you really need. A journey to learn what you have to do. There ain't no perfect journey with a rush.

So, how to pursuit the happiness? Just be yourself and do what is right for you. If it's not working, try again and again and more harder. 

Saturday, September 29, 2012

Kahwin?

Assalamualaikum.

Khawin? saya? awal betul kalau nak cakap pasal khawin dalam lingkungan usia saya ni. Tapi itu lah hakikatnya, ramai remaja sekarang suka berborak pasal perihal khawin. Yelah, dalam usia remaja ni lah ramai yang sudah pun memiliki pilihan dalam hati masing-masing. Memang sudah menjadi kebiasaan remaja sekarang ber-couple. Kalau keluar jalan-jalan di shopping mall tu memang tak sah kalau tak nampak mereka ni ber-dating. Ada yang peluk-peluk pinggang, pimpin-pimpin tangan, cium sana sini. Kadang-kadang tu mengalahkan pasangan berkhawin.

Memang lumrah manusia untuk jatuh hati dan memiliki perasaan cinta pada jantina yg berlainan. It is our nature to fall in love. Tapi tak perlu lah kita bercinta sakan seolah-olah kita ni memang dah ada ikatan yang sah. Remaja kalau bercerita perihal khawin memang seronok. Diaorang ni memang suka kalau bab-bab khawin ni. Tapi yang diaorang cerita cuma pasal malam pertama dan malam-malam berikutnya.

Elok juga kalau dalam usia remaja sudah mula fikir pasal nak berumahtangga. Khawin dalam usia muda ni bagus. Perancangan keluarga tu lebih teratur. Tapi pada masa yang sama kita perlu fikir secara 4 dimensi. Kita kena tahu bagaimana alam selepas perkhawinan tu. Kita kena sedar bertapa besarnya tanggungjawab kita bila sudah ada anak-anak nanti. Kewangan kena stabil, kerja kena mantap. Dan banyak lagi perkara yang perlu diambil kira untuk menempuh alam perkhawinan ni.

Nampak macam sesuatu yang menyusahkan bukan? Bila fikir balik kita rasa macam ' ish banyak betul benda nak ditanggung lepas khawin. hidup bujang lagi bagus '. Rasanya tak perlu lah kita rasa sebegitu. That's why lah our parents keep telling us to study study and study. Mak Ayah kita bukan apa, diaorang tak nak tengok kita susah bila dah besar nanti. Diaorang tak nak kita rasa susah macam diaorang rasa dulu.

Kalau tengok trend remaja sekarang ni, diaorang suka khawin masa belajar. Yang tu pun bagi saya elok juga. Masing-masing boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya. Tapi tak semua orang mampu buat macam tu. Siapa yang mampu buat tu gua salute !

Rasanya memang tak banyak yang saya boleh cakap pasal khawin ni. Maklum lah usia masih muda dan tak ada pengalaman. Pernah hadir ke ceramah pasal khawin pun sekali je.

So, if you want to get married, make sure that your future 'partner' will be the one you will never regret of.


Tuesday, June 19, 2012

Gunakan kebebasan bersuara

assalamulaikum. salam sejahtera. salam satu malaysia. kirim salam mak abah kat rumah.

semua orang inginkan kebebasan bersuara. maka dari situ lah terciptanya laman sesawang muka-buku, burung-biru, tube-anda dan bermacam-macam lagi untuk kita mengekspresikan diri kita. dulu saya seorang blogger. kemudian beralih ke vlog. dan beralih ke twitter pula (micro blog). dan pada akhirnya saya putuskan untuk kembali kepada blog semula. aktiviti vlogging dihentikan. twitter paling aktif.

tapi bukan itu yg saya nak cerita kan. nak ckp sikit tentang hak2 pengguna laman sesawang. sejauh manakah ke-relevan-an kebebasan hak bersuara di laman sesawang? la ni dah banyak dah orang dok post benda merepek-merapu entah pape lah kan. yg post pasal cinta lain gayanya. yg post pasal politik lain pula gayanya. sampai kadang2 tu terserlah pula ke-BENGAP-an orang tu.

hal ini berlaku bukan di malaysia sahaja malahan di seluruh dunia. laman sesawang sekarang ni dah pun mencetuskan fenomena baru sehinggakan Dato Sri Najib Tun Razak sendiri memanfaat kebaikan penggunaan laman sesawang ini.

maka saya menyeru kepada mereka yg lantang dalam penulisan agar berpada-pada. kita kan ada akal yg waras. gunakan lah kewarasan akal tersebut. TEPUK DADA TANYA SELERA.

gunakan sebaik-baiknya kebebasan bersuara. jangan nak melucah tak tentu pasal pulak. tapak kaki ke muka nanti padahnya. ini sebagai peringatan kepada diri saya juga. assalamulaikum :)

Bercinta jangan sampai lupa agama

assalamulaikum. long time no update. biasa lah tu. kalau tak ade bahan macam mana nak update. masa dan bahan harus bergerak seiring utk memastikan kualiti blog terjamin. puih! kualiti apanya kalau blog terbiar behabuk tanpa diusik selama beberapa bulan. seperti biasa, agak janggal bila dah lama tak update blog. blablablablablablablabla. the end

okay kembali kepada tajuk. kalau cakap pasal bercinta ni memang banyak cerita yg 'enak2' untuk di dengar. tapi kali ni saya nak cakap pasal yg kurang enak. ini bukan gosip dan jauh sekali utk memburukkan nama seseorang itu.

ianya mengenai seorang hamba Allah ini. molek sikit lah kalau pakai hamba Allah. dia ni pada mulanya agak 'normal' lah perangai sebelum bercinta dengan pompuan ni. pompuan ni berasal dari Thai dan berlainan agama. kira dia ni bercinta dengan pompuan berlainan agama lah. saya mula mengenalinya di laman tabung-anda.com (youtube.com). pada mulanya saya agak kagum lah dengan dia kan sebab latar belakang dia ni memang sederhana tapi seperti mempunyai aura tersendiri di laman tubetube ni.

selepas beberapa lama saya pun meng-add dia ni di laman muka-buku. pada awalnya tengok status2 dia ni ok lah. dia banyak update pasal kehidupan dan mampu membuka mata pembaca. tapi selepas beberapa lama dia mengenali minah Thai ni, perilakunya agak berbeza. apatah lagi selepas dah declare kan dgn minah tu. sampai sanggup membelakang kan agama.

kadang-kadang tu saya rasa simpati dengan dia. yela orang kalau dah dilamun cinta, macam2 dia sanggup buat kan. sampai gadai semua harta semata-mata nak pi melawat 'kekasihnya' itu di Thai. la ni dia dah planing nak kahwin dgn pompuan tu. Alhamdulillah lah  dah ade perancangan nak kahwin.

nak di pendekkan cerita, saya bukannya nak menjaja cerita macam ni. perkara macam ini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita. tak kira lah bercinta sama agama atau berlainan agama. tapi jangan lah sampai membelakangkan agama. kita umat islam kan dah sedia maklum ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t. jadi tak perlu lah nak gadai harta dan wang ringgit hanya untuk kekasih yg tidak pasti masa depannya bersama kita. TEPUK DADA TANYA SELERA. post ini bukan bertujuan menghina mana2 pihak, malah ia sebagai peringatan untuk saya juga. assalamulaikum